Cara Mudah Membiak Betta


1. Sediakan 1 bekas/akuarium atau apa-apa yang boleh menampung sekitar 5 liter – 10 liter air. Bekas tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

2. Letakkan tumbuhan air/paip PVC/batu sebagai tempat persembunyian ikan betina.Ikan jantan akan menjadi amat agresif apabila selesai mengawan.Seeloknya bekas dibiar kosong di dasar. Letakkan cawan kertas yang dipotong dua/keratan plastic sebagai tempat yang bakal dibuat sarang buih.Masukkan sedikit daun ketapang kering dan sedikit garam kasar….macam resipi nak memasak…Tumbuhan air akan menggalakkan pertumbuhan infusoria iaitu sejenis hidupan seni yang menjadi makanan pertama anak ikan sebaik menetas.Ia boleh dikembangkan dengan lebih pantas dengan menggunakan titisan Liquidfry No 1 yang menjadi makanan infusoria.Biasanya infusoria akan mengambil masa 3-4 hari untuk membiak.

3. Pastikan ikan yang bakal dipasangkan diberi makanan hidup atau beku sebagai penyediaan awal ikan untuk mengawan.Makanan perlu diberi 2 kali sehari dan secara berterusan selama 2 minggu.Adalah lebih baik sekiranya kedua-dua ikan diberi bloodworm,jentik-jentik,cacing tanah,telur semut atau apa-apa makanan hidup yang sesuai.Makanan hidup akan membuatkan ikan betina mempunyai telur yang banyak serta berkualiti dan ikan jantan mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi.Lepaskan ikan jantan. Biarkan beberapa hari supaya ia terbiasa dengan tempat barunya itu.

4. Masukkan balang ikan betina ke dalam bekas pembiakan.Biarkan mereka saling melihat antara satu sama lain sehinggalah ikan jantan membuat sarang buih yang banyak dan ikan betina mempunyai garisan menegak pada badannya dan mempunyai perut yang penuh dengan telur.

5. Lepaskan ikan betina untuk mengawan dengan ikan jantan.Biarkan bekas di tempat yang tenang dan jauh dari gangguan.Elakkan diri anda dari kerap mengintip ikan kerana perbuatan seperti itu boleh menyebabkan ikan menjadi stress dan akan bertindak sebaliknya seperti enggan mengawan atau akan memakan telur atau anak ikan.